MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pendakwa memindahkan kes rasuah Rosmah Mansor berkaitan projek hibrid solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak dari Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak bantahan daripada pasukan pembela Rosmah, mengatakan alasan utama permohonan perpindahan itu iaitu “usaha terhadap keadilan” adalah memadai.
Pendakwa akan memohon bagi perbicaraan bersama Rosmah dan Rizal Mansor, bekas pegawai khas kepada suaminya, bekas perdana menteri Najib Razak.
Kes Rizal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi berdasarkan permohonan oleh pasukan pertahanannya.
Rizal dan Rosmah didakwa kerana dakwaan rasuah berhubung sogokan RM187.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin pada 2016.
Wang itu adalah dorongan kepada Rosmah untuk membantu syarikat mendapatkan mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1,250,000,000 secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan. – 15 Mac, 2019.
Berita penuh di sini
Komen