AS salahkan Rusia, Damsyik selepas serangan Idlib


WASHINGTON pada Khamis menuduh Rusia dan kerajaan Syria bertanggungjawab terhadap “keganasan yang semakin meningkat” di wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak.

Jet Rusia pada Rabu melakukan serangan udara di Idlib, serangan pertama sejak serangan pada September di Turki.

Sekurang-kurangnya 13 orang awam, termasuk enam bayi, terbunuh dalam kejadian itu, menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, berpangkalan di Britain yang bergantung kepada sumber di Syria.

“Amerika Syarikat melihat dengan kebimbangan serius berhubung keganasan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di Idlib dan kawasan kejiranan yang diserang oleh serangan udara dan rejim Rusia dan Assad,” kata jurucakap Jabatan Negara, Robert Palladino, merujuk kepada Presiden Syria Bashar al-Assad.

“Walaupun Rusia mendakwa mensasarkan kepada pengganas, operasi ini menyebabkan kematian puluhan mangsa orang awam,” katanya.

“Serangan terhadap infrastruktur awam dan penempatan penduduk perlu dihentikan sekarang.”

Sebagai pihak yang terlibat dengan perjanjian gencatan senjata pada September dengan Turki, “Rusia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap operasi serangan ini,” kata Palladino.

Idlib adalah kubu pemberontak utama terakhir Syria dan dikuasai oleh Hayat Tahrir al-Sham, kumpulan Syria yang diketuai oleh bekas pejuang Al-Qaeda.

Perjanjian gencatan senjata itu bertujuan menghalang serangan yang dirancang oleh rejim dan penyokong Rusia yang dikhuatiri kumpulan bantuan dapat mencetuskan krisis kemanusiaan  paling buruk dalam konflik Syiah sehingga kini.

Serangan kerajaan ditangguhkan tetapi peruntukan perjanjian belum dilaksanakan. – AFP, 15 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen