Israel serang kubu Hamas di Gaza


Israel melancarkan serangan ke atas Gaza hari ini sebagai membalas serangan roket dari kubu kuat pejuang Palestin. – Gambar fail AFP, 15 Mac, 2019.

ISRAEL mengesahkan tenteranya melancarkan serangan ke atas Gaza hari ini sebagai membalas serangan roket dari kubu kuat pejuang Palestin.

“Kami baru saja melancarkan serangan ke atas kubu kuat pejuang Hamas di Gaza,” kata Angkatan Pertahanan Israel di Twitter.

Difahamkan, serangan itu menjejaskan kedudukan sayap tentera Hamas yang mengawal Gaza, dan sekutunya Jihad Islam, kata sumber keselamatan Gaza.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas tentera mendakwa dua roket dilancarkan ke arah Tel Aviv malam semalam.

Hamas dan Jihad Islam menafikan bertanggungjawab ke atas serangan roket itu. – AFP, 13 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen