AS gesa negara Islam kutuk layanan teruk China pada masyarakat Uighur


Sepasang suami isteri masyarakat Uighur kelihatan duduk di luar rumah mereka di perkampungan Turpan di Xinjiang. Dilaporkan lebih sejuta etnik Uighur, Kazakh dan Muslim lain diasingkan di kem pendidikan semula untuk mengikis agama dan identiti kaum mereka. – Gambar fail EPA, 15 Mac, 2019.

AMERIKA Syarikat menyuarakan kekecewaannya atas kegagalan negara Islam bersatu mengambil pendirian terhadap layanan China kepada kaum Uighur dan minoriti Muslim lain di wilayah Xinjiang.

“Kami kecewa tentang kurangnya respons daripada anggota OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), dan kurangnya kebimbangan disuarakan,” kata Duta AS Kelley Currie yang mengetuai Pejabat Jabatan Dalam Negeri tentang Keadilan Jenayah Global.

Currie bercakap kepada wartawan menjelang satu program ditaja AS di ibu pejabat PBB di Geneva yang berfokuskan kepada tuduhan pengasingan besar-besaran terhadap Uighur di Xinjiang.

Walaupun beliau memuji Turki atas kritikan kerasnya terhadap layanan China kepada minoriti Islam, baru-baru ini, Currie berkata Washington berharap IOC secara kolektif mengutuk situasi di Xinjiang seperti dilakukan tentang Muslim di Myanmar dan Syria.

“Hari ini, lebih sejuta Uighur, etnik Kazakh dan Muslim lain diasingkan di kem pendidikan semula yang direka untuk mengikis agama dan identiti kaum mereka,” kata Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dalam satu laporan. – AFP, 15 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen