Vietnam 'kesal' suspek kes bunuh Jong-nam tidak dibebaskan


Tertuduh warga Vietnam kes pembunuhan Kom Jong-nam, Doan Thi Huong masih dalam tahanan pihak berkuasa Malaysia dan dibicarakan atas tuduhan itu. – Gambar EPA, 14 Mac, 2019

HANOI menyatakan rasa “kesal” dengan keputusan pendakwa raya Malaysia tidak membebaskan wanita warga Vietnam yang didakwa membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara.

Permohonan Doan Thi Huong ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas warga Indonesia yang dituduh bersamanya Siti Aisyah dibebaskan awal minggu ini.

Kedua-dua mereka didakwa atas tuduhan membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Kim Jong-nam pada 2017 menggunakan agen saraf toksik di lapangan terbang Kuala Lumpur.

Mereka menegaskan ditipu untuk membuat serangan itu dan menyangka ia merupakan satu rancangan televisyen.

Selepas berbulan membisu, Vietnam pada minggu ini melobi untuk pembebasan Huong selepas Aisyah tidak disangka dibebaskan pada Isnin.

“Kami kesal bahawa mahkamah Malaysia tidak membebaskan Doan Thi Huong dengan segera,” kata jurucakap kementerian luar Vietnam Le Thi Thu Hang.

“Kami mahu Doan Thi Huong dibicarakan dengan secara objektif dan adil serta dia dibebaskan.”

Timbalan menteri luar Vietnam Nguyen Quoc Dung mengadakan pertemuan dengan duta Malaysia di Hanoi selepas keputusan itu bagi membincangkan kes berkenaan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Menteri undang-undang dan menteri luar Vietnam meminta Kuala Lumpur untuk membebaskan Huong minggu ini.

Perbicaraan ditanguh sehingga 1 Apri selepas hakim Azmi Ariffin berkata, Huong tidak begitu sihat dari segi “fizikal dan mental” untuk meneruskan prosiding hari ini. – AFP, 14 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen