MENCAPAI sasaran jualan RM3 bilion daripada Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bukanlah satu petanda permintaan yang tinggi, kata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).
Kempen ini adalah satu inisiatif yang diperkenalkan dalam Bajet 2019 untuk menangani isu harta tanah yang tidak terjual dan merangsang pengambilan dalam sektor perumahan.
Presiden Rehda, Soam Heng Choon berkata beliau yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan jualan yang dilihat oleh pemaju.
Baru-baru ini Rehda bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menganjurkan edisi 2019 Ekspo Harta Tanah Malaysia (Mapex).
Berdasarkan maklum balas daripada 26 pemaju, kira-kira 496 unit telah diambil oleh pembeli semasa pameran yang diadakan antara 1 dan 3 Mac.
Jumlah nilai jualan adalah RM285 juta.
Ekspo ini menampilkan 55 pemaju termasuk agensi-agensi hartanah berkaitan kerajaan seperti Uda Holdings, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan 17,348 unit hartanah dengan nilai keseluruhan RM11.8 bilion.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu The Malaysian Insight pada 11 Mac bahawa firma hartanah berkaitan kerajaan mencatat RM70.8 juta daripada jualan 227 unit di bawah kempen HOC semasa ekspo itu.
Soam menyatakan bahawa pemaju juga telah melihat lebih banyak peluang dan lawatan ke galeri mereka selepas pelancaran kempen HOC.
Beliau berkata ekspo Mapex peringkat negeri masih diteruskan.
Mengenai sama ada kempen HOC perlu dilanjutkan, beliau berkata ia bergantung kepada sama ada terdapat keperluan untuknya.
“Kami merayu pembeli untuk membuat keputusan sekarang. Jangan tunggu (hingga akhir kempen).” – 14 Mac, 2019
Komen