SEORANG menteri kanan New Zealand ditumbuk di Welliongton awal pagi tadi, menyebabkan matanya lebam.
Pemimpin Parti Hijau, James Shaw ketika itu sedang berjalan ke ke bangunan Parlimen yang dipanggil Beehive apabila seorang lelaki menghampiri dan menumbuk mukanya.
Serangan tersebut disifatkan bukan serangan provokasi.
Menteri Perdagangan David Parker memberitahu pemberita yang penyerang itu memekik tentang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Shaw yang juga menteri perubahan iklim, tidak mengalami kecederaan serius.
Menurut pejabat kementeriann Shaw, dua orang awam membantunya ke Parlimen untuk menghadiri mesyuarat sebelum ke hospital untuk diperiksa.
Polis berkata seorang lelaki berusia 47 tahun ditahan dan akan dibawa ke mahkamah esok untuk didakwa menyerang dengan niat. – AFP, 14 Mac, 2019.
Komen