Kakitangan awam Venezuela diarah kembali bertugas


Orang ramai mendapatkan bekalan air di Caracas, Venezuela susulan kekurangan air yang disebabkan oleh gangguan kuasa di beberapa kawasan di negara itu sejak 7 Mac. – Gambar EPA, 14 Mac, 2019.

KAKITANGAN sektor awam Venezuela akan kembali bekerja pada Khamis selepas hampir seminggu berlakunya gangguan bekalan elektrik terburuk negara itu, kata Menteri Komunikasi Jorge Rodriguez.

Ia menjejaskan lampu, pengangkutan dan pengagihan air dan mendorong pihak berkuasa mengisytiharkan cuti kepada kakitangan awam dan sekolah negeri dari Jumaat lepas.

Bekalan elektrik berjaya dipulihkan di Caracas dan kawasan lain sejak Selasa, walaupun wilayah barat masih tiada bekalan pada Rabu.

“Presiden Nicolas Maduro memutuskan aktiviti pekerja akan disambung semula bermula esok, Khamis,” kata Rodriguez dalam ucapannya di televisyen negara pada Rabu malam, sambil menambah sekolah akan ditutup untuk sehari lagi. – AFP, 14 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen