CHINA hari ini menawarkan bantuan kepada Venezuela yang bergelap kerana tiada bekalan elektrik, yang menurut Presiden Nicolas Maduro adalah salah Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang, berkata negara itu berharap Venezuela dapat mencari punca keadaan ini dengan segera lantas memulihkan bekala elektrik.
“China bersedia menawarkan bantuan dan sokongan teknikal kepada Venezuela untuk memulihkan bekalan elektrik,” kata Lu.
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Venuzuela kembali pulih sejak hujung minggu lalu, namun sering terputus.
Maduro memohon bantuan darisekutunya termasuk Rusia dan China serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat “serangan siber” AS yang menurutnya menjadi punca bekalan elektrik terputus.
Lu berkata, meskipun amat prihatin dengan laporan serangan siber itu, China enggan terus menyalahkan AS.
“Perkara ini hanya boleh dijelaskan dan disahkan oleh pihak yang dituduh oleh Presiden Maduro,” katanya.
Maduro mengarahkan sekoah dan perniagaan ditutup sejak bekalan terputus.
Pengkritik selama ini menyalahkan kerajaan yang gagal mengekalkan grid bekalan elektrik. – AFP, 13 Mac, 2019.
Komen