AKTIVITI perlombongan bauksit tetap dilarang di Kuantan, Pahang walaupun tempoh moratorium akan berakhir pada 31 Mac ini, kata Menteri Air Tanah Dan Sumber Asli Xavier Jayakumar.
Beliau berkata aktiviti perlombongan hanya boleh dijalankan selepas arahan pemberhentian operasi perlombongan bauksit yang dikeluarkan pada Januari ditarik balik.
“Ia seperti termaktub di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata kerajaan hanya boleh menetapkan arahan pemberhentian operasi perlombongan bauksit jika semua pihak mematuhi prosedur operasi standard kementeriannya.
Beliau berkata, pengusaha yang didapati melanggar SOP akan berdepan hukuman denda sehingga RM500,000 berdasarkan Enakmen Negeri Pahang.”
Xavier juga berkata, satu pendengaran awam akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan, termasuk penduduk dan badan bukan kerajaan.
“Orang awam akan dapat mengakses serta meneliti SOP tersebut mulai 31 Mac di laman web kementerian.” – 13 Mac, 2019
Komen