Skandal seks gegar K-pop, Seungri, Joon-young umum bersara


Jung Joon-young,30, penyanyi dan bintang realiti TV terkenal mengumumkan persaraan serta merta daripada dunia hiburan ketika dakwaan timbul dia merakam dan berkongsi rakaman seksual tanpa kebenaran pasangannya. – Gambar AFP, 13 Mac, 2019.

SKANDAL seks K-pop yang merebak melibatkan penyanyi kedua yang meningkat naik jadi terkenal selepas menang tempat kedua dalam sebuah pertandingan nyanyian terkenal Korea Selatan selepas mengaku merakam hubungan seksnya secara rahsia.

Jung Joon-young,30, mengumumkan persaraan serta merta daripada dunia hiburan ketika dakwaan timbul dia merakam dan berkongsi rakaman seksual tanpa kebenaran pasangannya.

“Saya mengakui semua jenayah saya,” katanya.

“Saya merakamkan wanita tersebut tanpa kebenaran mereka dan berkongsinya dalam ruang borak, dan ketika berbuat demikian saya tidak merasa bersalah,” tambahnya dalam kenyataan dikeluarkan lewat semalam.

Jung adalah salah seorang daripada tiga artis lelaki dalam kumpulan ruang borak itu di mana ahlinya berkongsi rakaman hubungan seks dirakam tanpa kebenaran dengan sekurang-kurangnya 10 wanita, menurut syarikat penyiaran SBS.

Seorang lagi penyanyi K-pop, Seungri, ahli kumpulan terkenal BIGBANG juga mengumumkan persaraan daripada dunia hiburan pada Isnin selepas siasatan jenayah seksual mula dibuka, juga ahli kumpulan ruang borak itu, kata SBS.

Bintang K-pop selalunya mempunyai imej bersih- dan giat dipromosi kerajaan Korea Selatan sebagai produk eksport budayanya- menjadikan skandal itu lebih buruk.

Pada 2016, Jung didakwa merakam video hubungan seks dengan pasangannya tanpa kebenaran dan pengetahuannya, tetapi kes itu digugurkan kerana kekurangan bukti dan mangsa menarik balik laporan.

Agensi Polis Metropolitan Seoul akan menyoal siasatnya minggu ini, kata pegawai kepada AFP.

Seungri- yang mempunyai pelbagai perniagaan- disoal pada hujung minggu lepas kerana dituduh melobi potensi pelabur dengan menawarkan mereka khidmat pelacuran di kawasan terkenal Seoul, Gangnam.

Penyanyi berusia 29 tahun itu juga dikaitkan dengan Burning Sun, sebuah kelab malam di mana dia adalah pengarah perhubungan awam, yang kakitangannya didakwa menggunakan kamera tersembunyi untuk merakam wanita dan menggunakan alkohol dan dadah untuk menyerang seksual.

Korea Selatan berdepan perang melawan “molka”- sistem perakam risikan yang banyak melibatkan lelaki secara rahsia merakam wanita dan berkongsi rakaman lucah itu dengan lelaki lain.

“Kes ini hanya menunjukkan yang bintang lelaki K-pop juga tidak terkecuali menjadi sebahagian realiti eksploitasi wanita yang sangat membimbangkan,” kata aktivis wanita Bae Bok-ju kepada AFP. – AFP, 13 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen