KUMPULAN sukarelawan yang sedang mengesan anak perempuan M Indira Gandhi meminta pertolongan pihak berkuasa Thailand selepas polis Malaysia mendakwa tidak menunjukkan sebarang minat dalam kes itu.
Arun Dorasamy daripada Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) memberitahu The Malaysian Insight mereka mempunyai empat petunjuk yang boleh dipercayai untuk menjejaki bekas suami Indira, Muhamad Riduan Abdullah, bersembunyi di selatan Thailand.
“Kami menghubungi Kedutaan Thailand di sini serta pihak berkuasa di Thailand untuk membantu mencari lelaki itu,” kata Arun kepada The Malaysian Insight.
Beliau berkata dalam tempoh tiga minggu sejak Ingat dibentuk, kumpulan itu menerima lebih 400 petunjuk mengenai keberadaan Ridhuan.
Arun juga mengatakan beliau tidak berpuas hati dengan kekurangan bantuan daripada pihak berkuasa di sini untuk menjejaki Riduan.
“Saya sedih dengan cara pihak berkuasa mengendalikan kes itu. Malah polis belum memanggil saya untuk bertanya sama ada saya mempunyai apa-apa yang boleh membantu mereka mencari Riduan dan kanak-kanak, Prasana Diksa.
“Tiada bantuan daripada pihak polis mengenai kes ini,” katanya.
Bagaimanapun, Arun yakin dapat mencari Riduan dan Prasana tidak lama lagi.
“Kami akan menamatkan misteri ini tidak lama lagi. Kami sangat yakin dengan itu.
“Maklumat yang kami terima datang daripada semua lapisan masyarakat. Bukan hanya orang India tetapi juga orang lain, termasuk penyiasat persendirian dan penyiasat persendirian yang bersara.
“Daripada itu, kami memperoleh empat petunjuk kukuh yang akan membawa kami ke Riduan,” kata Arun sambil menambah mereka percaya Riduan bersembunyi di Thailand dengan Prasana.
Arun juga berkata mereka dapat mengesan pergerakan Riduan, sambil menambahmereka keluar dari negara tanpa dokumentasi yang betul.
“Kedudukan terakhirnya di Malaysia pada 2016. Itu kali terakhir beliau berada di dalam negara tetapi beliau pergi tanpa dokumen dan kami percaya beliau kerap masuk dan keluar dalam tempoh itu,” kata Arun.
Riduan, yang nama asalnya K Patmanathan, mengambil Prasana yang baru berumur 11 bulan daripada Indira pada 2009 dan menukarkan agama kanak-kanak itu dan dua anak lebih tua kepada Islam tanpa persetujuan ibu mereka.
Anak-anak yang lebih tua kini bersama Indira dan dibesarkan sebagai Hindu tetapi Prasana hilang sejak itu. Kanak-kanak itu kini berumur 11 tahun.
Walaupun terdapat perintah mahkamah kepada polis untuk menangkap Riduan dan mencari Prasana dalam perjuangan 10 tahun Indira di mahkamah untuk hak penjagaan dan membatalkan penukaran anak-anaknya ke Islam secara unilateral.
Ingat dibentuk beberapa minggu lalu, melibatkan Sangam Hindu Malaysia dan organisasi Hindu lain, untuk membantu Indira mencari bekas suaminya dan membawa pulang anaknya itu. – 13 Mac, 2019.
Komen