Paderi bekas penasihat Pope dihukum penjara 6 tahun


Kardinal George Pell disabitkan bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki pada 1990-an. – Gambar EPA, 13 Mac, 2019.

MAHKAMAH Melbourne pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kepada Kardinal George Pell berhubung jenayah seks kanak-kanak, dengan tempoh minimum tiga tahun dan lapan bulan.

Ketua Hakim Peter Kidd memberitahu Count County Victoria beliau mengambil kira kesan teruk terhadap kehidupan kedua-dua mangsa di samping faktor usianya yang telah lanjut iaitu 77 tahun.

Pell berdepan hukuman penjara maksimum 50 tahun bagi lima pertuduhan penderaan seks dua orang kanak-kanak lelaki pasukan koir pada akhir 1990-an. – AFP, 13 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen