3,000 ahli IS serah diri dalam tempoh 24 jam


Gambar menunjukkan seorang pengganas IS di Syria. Bilangan anggota kumpulan militan itu yang menyerah diri kepada pihak berkuasa Syria kini meningkat kepada 3,000 orang. – Gambar AFP, 13 Mac, 2019.

SERAMAI 3,000 ahli kumpulan militan Islamic State (IS) menyerah diri dalam tempoh 24 jam terakhir ketika tentera yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) berada di kubu terakhir mereka di timur Syria, kata seorang jurucakap.

“Bilangan anggota IS yang menyerah diri kepada kami sejak semalam (Isnin) telah meningkat kepada 3,000 orang,” tulis jurucakap Pasukan Demokratik Syria Mustefa Bali dalam bahasa Inggeris di Twitter.

Selain itu, tiga wanita dan empat kanak-kanak minoriti Yazidi juga diselamatkan, katanya. – AFP, 13 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen