RUSUHAN di Baitulmaqdis memaksa polis Israel hari ini menutup akses ke kota suci itu selepas berlaku ketegangan di beberapa lokasi.
Polis Israel berkata kawasan Masjid Al-Aqsa dikosongkan selepas molotov cocktail merosakkan pondok polis.
Tiga orang ditangkap, kata polis, manakala Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan dua orang cedera.
Penduduk berkata polis juga melarang warga Palestin masuk ke Kota Lama Baitulmaqdis.
Masjid Al-Aqsa adalah salah satu daripada tiga tempat paling suci dalam Islam.
Terletak di timur Baitulmaqdis, masjid itu diduki Israel semasa Perang Enam Hari 1967. – AFP, 12 Mac, 2019.
Komen