Kementerian mahu teruskan elaun sara hidup nelayan, petani RM300


Looi Sue-Chern

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang cuba mengusahakan setiap petani dan nelayan menerima RM300 sebulan di bawah Belanjawan 2020, kata Salahuddin Ayub. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2019.

PUTRAJAYA akan meneruskan pemberian Elaun Sara Hidup (ESH) bagi nelayan dan petani, kata Salahuddin Ayub.

Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata jumlah elaun itu juga akan ditambah apabila ekonomi negara mengizinkan.

Menurut Salahuddin, kementerian beliau sedang cuba mengusahakan setiap petani dan nelayan menerima RM300 sebulan di bawah Belanjawan 2020.

Di bawah Belanjawan 2019 yang diumumkan tahun lepas, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerima sedikit peruntukan, menyebabkan elaun bulanan berkurang daripada RM300 kepada RM150.

Bagaimanapun, jumlah itu naik kepada RM200 selepas Salahuddin berbincang dengan perdana menteri dan menteri kewangan. Pengurangan elaun ini menyebabkan golongan nelayan dan petani kecewa.

Lebih 40,000 nelayan dan lebih 320,000 pesawah di seluruh negara menerima ESH.

“Saya sudah maklumkan kepada kementerian yang di bawah Belanjawan 2020, kita akan minta elaun sara hidup ini ditetapkan pada sekurang-kurangnya RM300 sebulan. Ini komitmen kami.

“InsyaAllah, jika ekonomi pulic dengan cepat, dan kita dapat elak pembaziran dan kekalkan rasuah pada paras minimum, kerajaan tiada masalah naikkan jumlah itu di masa akan datang,” katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika mesyuarat town hall bersama nelayan dan pemain industri asas tani di Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang, hari ini. – 12 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen