Jawatankuasa teknikal BN perlu beri tumpuan prinsip teras pelbagai kaum, kata Khairy


Ragananthini Vethasalam

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa teknikal yang akan dibentuk Barisan Nasional (BN) untuk mengkaji kebimbangan dibangkitkan MCA dan MIC harus memberi tumpuan kepada pelbagai kaum. - Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2019.

Jawatankuasa teknikal yang akan dibentuk Barisan Nasional (BN) untuk mengkaji kebimbangan dibangkitkan oleh komponen MCA dan MIC harus memberi tumpuan kepada pelbagai kaum, kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

“Saya akan mencadangkan jawatankuasa itu melihat prinsip teras kerjasama tertentu.

“Sekiranya Umno memutuskan untuk bekerjasama dengan PAS dan pada masa sama dengan MCA serta MIC dalam BN, ia mesti berdasarkan prinsip teras tertentu yang komited terhadap Malaysia sebagai negara berbilang kaum,” katanya dalam satu forum mengenai tadbir urus di Hotel Sunway hari ini.

Beliau berkata, adalah penting untuk parti bersatu dan mengenal pasti prinsip asas utama mereka.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kerjasama antara Umno dan PAS tidak sepatutnya terhad kepada isu Melayu serta Islam.

“Kalau kita bekerjasama kerana mahu undi daripada kaum Melayu dan masyarakat Islam berdasarkan isu bangsa serta agama, itu tidak akan berlaku.

“Umno dan PAS perlu berbincang mengenai prinsip yang sama.

“Kita tidak boleh bersama dengan main isu kaum serta kaum untuk memenangi pilihan raya. Ia perlu lebih daripada itu,” katanya.

Jawatankuasa teknikal BN diumumkan oleh Mohamad Hasan pada 8 Mac setelah tidak ada konsensus yang dicapai antara Umno, MCA dan MIC bahawa BN harus dibubarkan.

MCA pada mulanya menolak pembubaran BN pada perhimpunan agung tahunan parti Disember lalu.  – 12 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen