Penumpang tertinggal anak, pesawat Jeddah ke KL terpaksa patah balik


SEORANG wanita Arab tertinggal bayinya di balai pelepasan di lapangan terbang di Jeddah memaksa pesawat dinaikinya dalam penerbangan ke Kuala Lumpur berpatah balik hujung minggu lalu, lapor Gulf News.

Penerbangan SV832 itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz selepas penumpang berkenaan memberitahu anak kapal bayinya tertinggal, sejurus pesawat berlepas.

Sepotong video tersebar di media sosial memperdengarkan rakaman perbualan antara juruterbang dan pegawai di pusat kawalan udara.

“Penerbangan ini minta patah balik… penumpang tertinggal bayi di balai pelepasan,” kata pegawai di pusat kawalan, bertanya rakannya mengenai protokol kecemasan.

Selepas juruterbang mengesahkan alasan permintaannya, pegawai itu kemudian didengar memberikan kebenaran untuk pesawat berkenaan berpatah balik. – 12 Mac, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen