AKTIVIS lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu menjaga sensitiviti masyarakat jika mahu dihormati kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman.
Beliau juga berkata Perarakan Wanita Sedunia itu disalah gunakan apabila ia membabitkan penyertaan LGBT pada hari Sabtu lalu.
“Kumpulan ini kena sensitif kepada kita. Menteri pun sebut beberapa kali, Malaysia selaku negara berbilang kaum dan agama rasmi Islam, ia sensitif la khususnya kepada Melayu.
“Bagaimana kita mahu hormati kaum ini, dia juga kena hormat majoriti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Penganjurnya kini disiasat polis ekoran penyertaan aktivis LGBT dalam perhimpunan berkenaan. – 12 Mac, 2019
MENYUSUL
Komen