‘Isnin tanpa daging’ di semua sekolah di New York


Pekerja kafeteria di sebuah sekolah di New York menyediakan hidangan makanan tanpa daging untuk pelajar. – Gambar AFP, 12 Mac, 2019.

BERMULA September, 1.1 juta pelajar sekolah di New York akan hanya makan hidangan vegetarian pada “Isnin tanpa daging”, kata Datuk Bandar Bill de Blasio.

“Kurangkan pengambilan daging akan meningkatkan kesihatan warga New York,” katanya.

Program itu sudah bermula di 15 sekolah di Brooklyn hampir setahun lalu dengan sarapan dan makan tengah hari vegetarian pada setiap Isnin, dan kini ia akan diperluaskan ke seluruh sistem persekolahan.

Ratusan sekolah awam di San Francisco dan California sudah menawarkan program “Isnin tanpa daging” kepada pelajarnya.

Satu rang undang-undang baharu di California turut menawarkan hidangan pilihan vegetarian kepada pelajar. – AFP, 12 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen