PIHAK berkuasa penerbangan Amerika Syarikat berkata, mereka akan mengarahkan Boeing untuk menyelenggara pesawat 737 Max 8, termasuk memasang perisian khas dan mengemaskini sistem perjalanan, selepas tragedi melibatkan dua pesawat berkenaan dalam tempoh lima bulan.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan memberitahu pihak berkuasa penerbangan awam, pihaknya menjangkakan mandat untuk perubahan ini dibuat selewat-lewatnya pada April, walaupun pihaknya tidak menggantung perkhidmatan pesawat itu.
Boeing juga dijadualkan untuk mengemaskini keperluan latihan dan manual kru penerbangan untuk perubahan itu.
“FAA secara berterusan akan menilai dan meihat semula tahap keselamatan pesawat komersil AS,” katanya.
“Sekiranya teerdapat isu yang menjejaskan keselamatan, FAA akan mengambil tindakan segera sewajarnya.”
FAA telah memberitahu pihak berkuasa penerbangan awam lain yang lain bahawa ia akan segera berkongsi maklumat keselamatan mengenai Boeing’s 737 MAX 8, kata kenyataan itu.
Salah satu pesawat terbabit milik Ethiopian Airlines Penerbangan ET302, terhempas di selatan tenggara Addis Ababa sejurus selepas berlepas, membunuh kesemua 157 penumpang dan anak kapal.
Model yang sama - versi 737 yang lebih efisien dari segi bahan apinya - terhempas pada akhir Oktober di Indonesia semasa penerbangan yang dikendalikan oleh Lion Air, menyebabkan 189 orang yang mati, juga beberapa saat selepas berlepas. – AFP, 12 Mac, 2019
Komen