12 maut dalam bencana banjir di Brazil 


Pihak bomba menggunakan rakit untuk menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di Sao Paulo, Brazil.– Gambar EPA, 12 Mac, 2019

BENCANA banjir berikutan lebat berterusan di kawasan hab kewangan Brazil, Sao Paulo menyebabkan 12 orang terbunuh manakala enam lagi dilaporkan cedera, kata bomba.

Di bandar Riberao Pires yang merupakan bandar paling ramai penduduk di negara itu, empat sekeluarga maut dan dua lagi cedera apabila rumah mereka runtuh akibat banjir lumpur.

Satu lagi kejadian tanah runtuh menyebabkan seorang terbunuh di Embu das Artes, manakala tiga orang turut terkorban akibat lemas di Sao Caetano do Sul, seorang di Sao Paulo, dua di Santo Andre dan seorang lagi di bandar perindustrian Sao Bernard do Campo, kata pihak berkuasa ketika mengumumkan angka korban akibat bencana itu.

Pihak bomba turut menyelamatkan beberapa orang yang terkandas akibat banjir dan lumpur di Sao Paulo yag memiliki populasi penduduk sebanyak lebih 20 juta orang.

Hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan kejiranan ditenggelami air dan menyekat beberapa laluan utama ke bandar berkenaan.

Perkhidmatan kereta api dan pengangkutan awam seperti bas turut terjejas di beberapa kawasan.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan sampan di jalan raya yang dibanjiri air lumpur.

Datuk Bandar Joao Doria turut menggesa penduduk agar tidak meninggalkan kediaman masing-masing. – AFP, 12 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen