Serangan udara ragut 50 nyawa di timur Syria


Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh hari ini selepas pasukan gabungan diketuai Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan udara di kubu terakhir Daesh di timur Syria. – Gambar AFP, 11 Mac, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA 50 orang terbunuh hari ini selepas pasukan gabungan diketuai Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan udara di kubu terakhir Daesh di timur Syria, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita SANA. 

Serangan udara itu menyasarkan kawasan Daesh di bandar Baghouz di kawasan timur wilayah Deir al-Zour.

Kebanyakan yang terkorban dalam serangan itu termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan di Baghouz itu berikutan tarikh akhir bagi anggota Daesh dan ahli keluarga mereka perlu menyerah diri tamat pada Ahad petang.

Ribuan orang termasuk militan Daesh lari meninggalkan wilayah itu sementara ada yang masih kekal dan enggan menyerah diri.

Pasukan Demokrasi Syria (SDF) yang diketuai Kurdish dengan disokong gabungan AS melancarkan serangan memerangi Daesh di wilayah Sungai Euphrates di timur Syria sejak September tahun lepas.

Daesh kini dilaporkan bersembunyi di kawasan seluas 2 kilometer persegi di kawasan ladang di Baghouz. –  Bernama, 11 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen