Renjer cedera parah dalam letupan bom di Narathiwat


Seorang Seorang renjer cedera parah apabila sebutir bom meletup di Daerah Cho Airong hari ini. – Gambar AFP, 11 Mac, 2019.

SEORANG Seorang renjer cedera parah apabila sebutir bom meletup di Daerah Cho Airong hari ini.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian jam 9 pagi (waktu tempatan), renjer berusia 37 tahun itu sedang meronda daerah itu bersama lima lagi rakannya apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di tepi jalan Ban Sala, Mukim Chuab.

“Bom buatan sendiri seberat lima kilogram itu dipercayai ditanam di tepi jalan sebelum diaktifkan dengan menggunakan walki-talkie,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Cho Airong untuk rawatan.

Sementara itu, pihak berkuasa menemui beberapa kain rentang yang bersifat provokasi dengan tulisan ‘110 tahun tergadainya bangsa Pattani’ di tepi jalan dan jambatan di Yingo dan Resak, Narathiwat.

Selain itu, kain rentang provokasi yang sama turut kelihatan di wilayah Yala.

Pada 10 Mac lalu, genap 110 tahun Pattani dijajah oleh kerajaan Thailand. Pada 10 Mac 1909 satu perjanjian antara Siam dan British iaitu The Anglo-Siamese Treaty of 1909 atau Bangkok Treaty of 1909 ditandatangani membahagikan kawasan pemerintahan antaran Siam dengan British.

Isi kandungan penting perjanjian tersebut ialah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan pulau-pulau bersebelahan diserah kepada British untuk memerintah manakala lima wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Songkla dan Satun diserah kepada Thailand. – Bernama, 11 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen