China gantung khidmat Boeing 737-800 


Selepas pesawat jenis itu milik Ethiopian Airlines terhempas membunuh semua penumpang dan anak kapal, tragedi kedua selepas Lion Air Indonesia tahun lepas. – Gambar AFP, 11 Mac, 2019.

PIHAK Pentadbiran Penerbangan Awam China hari ini, mengarahkan syarikat penerbangan domestik menggantung sementara operasi semua pesawat Boeing 737-800, susulan nahas membabitkan pesawat jenis Boeing yang berlaku di Ethiopia, lapor agensi berita Xinhua.

Pesawat Ethiopian Airlines menuju ke Nairobi, Kenya itu terhempas beberapa minit sejurus berlepas pada Ahad, mengorbankan kesemua 157 penumpang. Ia kemalangan pesawat kedua selepas sebuah lagi pesawat dikendalikan Lion Air Indonesia terhempas pada Oktober.

“Kedua-dua nahas mempunyai persamaan kerana membabitkan pesawat Boeing 737-800 yang baru dihantar dan berlaku sejurus berlepas,” kata agensi itu dalam kenyataan yang dimuat naik di laman webnya.  

Perkhidmatan akan disambung semula selepas pihak Pentadbiran Penerbangan Awam menghubungi  Boeing Amerika Syarikat bagi memastikan keselamatan penerbangan. – Bernama, 11 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen