Najib tak ada hak lihat surat pelantikan pendakwa raya, kata peguam negara


Bede Hong

Thomas meletak jawatan pada Ogos lalu dan menggambarkan tawaran pasukan pembelaan untuk menuntut surat pelantikan pendakwa raya adalah hal remeh. – Gambar fail The Malaysian Insight file pic, 11 Mac, 2019.

PEGUAM negara, Tommy Thomas berpendapat pihak pendakwa berhak mengklasifikasikan surat pelantikan Sulaiman Abdullah sebagai pendakwa utama terhadap Najib Razak kerana ia masalah keistimewaan peguam-klien.

Beliau mengulangi hujah yang sama pada bulan lepas apabila enggan mendedahkan pelantikan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya kes 1Malaysia Developmnet Bhd (1MDB) melibatkan Najib.

“Bagaimana mungkin Sulaiman dapat menahan dirinya datang ke mahkamah tanpa kebenaran. Dia akan melanggar peraturan disiplin bar.

“Peguam Najib tidak mempunyai eviden untuk mencabar pelantikan Sulaiman,” katanya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof mengetuai panel tiga wanita terdiri daripada Rhodzariah Bujang dan Lau Bee Hand hari ini.

Mereka mendengar tiga rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas permohonan interlokutori dalam tujuh tuduhan jenayah berkaitan dengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Sulaiman, 72, dilantik sebagai pendakwa utama bagi kes itu apabila Thomas meletak jawatan pada Ogos lalu dengan mengatakan ‘komitmen yang berat’ sebagai ketua peguam.

“Ia benar-benar remeh,” kata Thomas kepada mahkamah hari ini mengenai tawaran oleh pasukan pembelaan untuk menuntut surat pelantikan.

“Hujah utama saya, tidak ada hak undang-undang dalam sistem kami bagi mana-mana pihak menentang dan meminta surat pelantikan.

“Kita (pendakwa) tidak berhak meminta dokumen daripada tertuduh dan mempersoalkan pelantikan 10 peguam mereka. Begitu juga bukan urusan mereka bagaimana kita melantik peguam,” katanya.  

Hadir di mahkamah hari ini, bekas perdana menteri duduk di kendang berpakaian biru kelihatan tenang dan tidak bercakap sepanjang hujah berlangsung.

Najib diwakili peguam Shafee Abdullah dan Harvinderjit Singh. Sulaiman juga hadir tetapi beliau tidak membuat penyerahan.

Thomas berkata beliau melantik Sulaiman di bawah Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Pelantikan itu dibuat secara bertulis diikuti dengan siaran media. – 11 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen