Syarikat hartanah berkaitan kerajaan jual 227 unit kediaman di Mapex


Ragananthini Vethasalam

Mengikut data Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, pada akhir 2018, terdapat 30,115 unit kediaman yang tidak terjual bernilai RM19.54 bilion di Malaysia. - Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2019.

FIRMA hartanah berkaitan kerajaan meraih sejumlah RM70.8 juta daripada penjualan 227 unit kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) semasa Ekspo Harta Tanah Malaysia (Mapex) baru-baru ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu The Malaysian Insight menerusi emel bahawa anggaran nilai jualan termasuk yang diiktiraf oleh agensi kerajaan seperti UDA Holdings, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Kempen HOC adalah inisiatif diumumkan kerajaan ketika Bajet 2019 bagi menangani isu tanah yang tidak terjual dan merangsang pengambilan dalam sektor perumahan.

Kempen ini mempamerkan harta milik tiga kategori iaitu di bawah RM300,000 antara RM300,001 dan RM500,000 dan RM500,001 ke atas.

Kempen yang bermula 1 Januari ini dijadualkan berlangsung sehingga 30 Jun tahun ini.

Menurut data Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta, terdapat 30,115 unit harta kediaman yang belum dijual berjumlah RM19.54 bilion di pasaran pada akhir suku tahun ketiga 2018.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) baru-baru ini bekerjasama menganjurkan Mapex 2019 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 Mac.

Bagaimanapun Rehda masih menyusun angka jualannya.

EdgeProp melaporkan pada 25 Februari, lebih daripada 50 pemaju akan mengambil bahagian dalam ekspo itu dan 17,000 unit dengan jumlah nilai RM11.8 bilion akan meningkat. – 11 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen