Sejak 5 tahun lalu, pelancong ke Antartika naik 28%


Kebanyakan pelawat yang mengunjungi benua itu 33% dari Amerika Syarikat, diikuti China (16%) dan Australia (11%). – Gambar AFP, 11 Mac, 2019.

JUMLAH pelancong melawat Antartika meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut data Persatuan Pelancong Antarabangsa Antartika (IAATO) lapor agensi berita Anadolu. 

Data IAATO mendedahkan terdapat peningkatan sebanyak 28% dalam tempoh lima tahun lalu, menyaksikan pada 2013 hingga 2014 seramai 37,405 orang pelancong meningkat kepada 51,707 pada 2017 hingga 2018. 

Kos lawatan ke Antartika kira-kira AS$5,500 hingga AS$96,100.

Kebanyakan pelawat yang mengunjungi benua itu 33% dari Amerika Syarikat, diikuti China (16%) dan Australia (11%).

Pembantu Operasi dan Komunikasi IAATO, Amanda Lynnes berkata jumlah pelancong ke benua itu diramal akan terus meningkat pada tahun berikutnya.

Beliau berkata bagi memastikan alam semula jadi terus terpelihara, kapal yang membawa lebih 500 penumpang tidak dibenarkan melawat benua itu. – Bernama, 11 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen