PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersedia untuk mengadakan sidang kemuncak ketiga dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam temu bual dengan ABC pada Ahad, Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton berkata Presiden Trump selama ini berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Kim.
“Beliau (Trump) terbuka untuk mengadakan sidang kemuncak ketiga, setakat ini belum ada sebarang kata putus,” tambah Bolton.
Ditanya mengenai gambar yang memaparkan aktiviti satelit kormesial di Korea Utara, Bolton enggan membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
Bagaimanapun ujarnya, beliau akan berbincang dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan mengenai perkara itu pada Isnin pagi.
Media AS secara meluas melaporkan berhubung aktiviti Korea Utara yang dikatakan sedang memulakan program nuklearnya di Tongchang-ri.
“Jika perkara itu benar berlaku ...ia amat mengecewakan saya…dan kami akan meneliti perkara itu,” kata Trump kepada pemberita pada Rabu. – Bernama, 11 Mac, 2019.
Komen