PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak kisah kerjasama politik terbaru antara Umno dan PAS, berkata kedua-dua parti itu bebas untuk berkahwin sesama sendiri.
“Jika mereka mahu bersatu, mereka boleh bersatu. Jika mereka mahu kahwin, teruskan dan pergilah kahwin. Kita negara bebas,” katanya kepada media di Parlimen hari ini.
Pada masa sama, beliau turut mengulangi pendirian menentang homoseksualiti, menambah yang walaupun Malaysia adalah negara bebas untuk perkahwinan politik, ia tidak terpakai untuk perkahwinan sejenis.
“Awak mahu kahwin lelaki (sejenis) di sini, tak boleh lah,” katanya.
“Mereka (Umno dan PAS) mahu kahwin, ia okay,” tambahnya.
Umno dan PAS secara rasmi membentuk kerjasama pada Selasa lepas selepas kejayaan di dua Pilihan Raya Kecil- Cameron Highlands dan Semenyih- tahun ini.
Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan sebelum ini menyifatkan kerjasama itu bak “perkahwinan” antara dua parti utama orang Melayu Islam itu. – 11 Mac, 2019.
Komen