GEJALA rasuah wajib terus diperangi kerana ia membebankan rakyat dan meruntuhkan asas sesebuah negara, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam ucapan sewaktu merasmikan persidangan penggal kedua Parlimen ke-14 hari ini, baginda turut menyatakan penghargaan ke atas usaha kerajaan memerangi rasuah setakat ini.
“Dalam kita mengejar kemajuan integriti dan nilai murni hendaklah terus dititikberatkan.
“Beta suka menzahirkan penghargaan atas usaha kerajaan memperkenalkan pelan Anti Rasuah Nasional dan menggubal undang-undang berkaitan untuk memperkukuhkan tadbir urus.
“Dan diharap dapat memperbaiki kedudukan negara dalam indeks rasuah,” titah baginda di Dewan Rakyat hari ini.
Al-Sultan Abdullah berkata pentadbiran kerajaan perlu dijalankan oleh kerajaan yang bersih, telus bertanggungjawab serta mendaulatkan undang-undang.
“Rakyat juga mahu kerajaan dengar pandangan dan aspirasi mereka maka adalah wajar pemimpin mengambil kira tuntutan tersebut semasa merangka sebarang dasar dan program,” katanya. – 11 Mac, 2019.
MENYUSUL
Komen