Trump cuba dapatkan AS$8.6 bilion untuk tembok sempadan 


Presiden AS Donald Trump akan teruskan hasratnya untuk membina tembok sempadan AS-Mexico. – Gambar EPA, 11 Mac, 2019

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump cuba untuk mendapatkan peruntukan baharu sebanyak AS$8.6 bilion bagi pembinaan tembok sempadan AS-Mexico dalam bajet 2020.

Tindakan itu akan mencetuskan satu lagi perbalahan dengan Kongres, kata penasihat ekonomi White House Larry Kudlow.

Permintaan itu, yang akan diumumkan secara rasmi pada Isnin, melebihi peruntukan yang diminta tahun lalu sebanyak AS$5.7 bilion, yang membawa kepada penutupan sementara kerajaan selama 35 hari.

Pemimpin kongres demokratik Nancy Pelosi dan Chuck Schumer menolak tindakan itu dan memberi peringatan kepada Trump satu lagi kekalahan legislatif sedang menanti beliau.

Kudlow, yang ditemubual pada “Fox News Sunday,” mengakui bahawa permintaan baru itu mungkin bermakna akan memperbaharui pertikaian dalam Kongres berhubung dana tembok berkenaan. 

“Saya rasa ia mungkin berlaku,” katanya.

Namun katanya “Trump akan tetap dengan pendiriannya berhubung tembok berkenaan. Beliau akan teruskan dengan keselamatan sempadan,” saya fikir ia penting.

Secara berasingan, Kudlow menyatakan keyakinan bahwa pertumbuhan ekonomi AS akan melampaui tiga persen “pada tahun 2019 dan seterusnya.” – AFP, 11 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen