Pilihan raya umum India bermula 11 April ini


Penyokong parti Kongres memegang bendera parti semasa pelancaran kempen parti di Punjab menjelang pilihan raya Lok Sabha akan datang. – Gambar AFP, 10 Mac, 2019.

Pilihan raya umum India akan diadakan dalam tujuh fasa bermula 11 April di mana seramai 900 juta orang layak untuk mengundi.

Tarikh pilihan raya itu tersebar dalam tempoh lima minggu dengan pengiraan undi dijadualkan pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini.

Lebih 900 juta pengundi dari puncak Himalaya ke padang pasir dan pantai tropika layak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan baharu untuk lima tahun akan datang dalam usaha demokrasi terbesar yang akan berlangsung selama beberapa minggu.

Mereka akan memilih 543 ahli parlimen di bawah dewan rakyat yang menguasai ibu kota New Delhi.

Pilihan raya itu akan menyaksikan Perdana Menteri Narendra Modi untuk penggal kedua menentang Rahul Gandhi yang merupakan keturuan Dinasti Gandhi-Nehri bagi mencari kepimpinan negara kedua terbesar di dunia.

Kedua-dua mereka merupakan pencabar paling kuat dari beratus-ratus parti politik seluruh negara yang mempunyai budaya dan geografi sebanyak 1.25 bilion.

Modi yang merupakan parti sayap kanan memenangi majoriti besar dalam pilihan raya 2014 memasuki kedudukan terkuat dan Parti Bharatiya Janata (BJP) berharap untuk memecahkan parti kongres kiri sayap Gandhi sekali lagi. – Bernama, 10 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen