MENTERI Kesihatan Tunisia, Abderraouf Cherif meletak jawatan semalam selepas 11 bayi dilaporkan meninggal dunia secara misteri dalam tempoh 24 jam di sebuah hospital di ibu negara.
Perdana Menteri Youssef Chahed menerima peletakan jawatan Abderraouf Cherif, kata pejabat premier menerusi satu kenyataan di Facebook, Sabtu lalu.
“Mereka yang bertanggungjawab atas kecuaian akan berdepan tindakan undang-undang,” kata perdana menteri, semalam.
Akhbar terkemuka Essafa melaporkan kematian bayi itu sebagai jenayah negeri.
Bayi meninggal dunia pada Khamis dan Jumaat di klinik Rabta di Tunis yang merupakan sebahagian daripada pusat perubatan besar di ibu negara.
Katanya, Kementerian Kesihatan dan pendakwa raya negeri sedang melancarkan siasatan untuk mencari punca kematian bayi itu yang mungkin disebabkan jangkitan darah.
Sebelum ini, rakyat Tunisia mengadu mengenai penurunan tahap perkhidmatan sektor awam sejak kejatuhan bekas presidennya, Zine El-Abidine Ben Ali pada 2011 sekali gus membawa kepada peralihan demokratik dan krisis ekonomi negara itu. – AFP, 10 Mac, 2019.
Komen