SEKURANG-KURANGNYA 87 penumpang feri berkelajuan tinggi cedera dalam perlanggaran dengan binatang marin di laut Jepun semalam.
Feri itu membawa 121 penumpang dengan empat kru.
Lima orang dilaporkan cedera parah dalam kejadian yang berlaku sebelum tiba di Pulau Sado selepas perjalanan singkat dari tanah besar, menurut pengawal pantai Jepun.
Sementara itu siaran NHK yang memetik pakar hidupan liar marin berkata, berkemungkinan feri itu melanggar paus yang sering dilihat berada di kawasan itu.
Terdapat kerosakan pada bahagian belakang feri namun ia dapat sampai ke destinasi dituju tanpa bantuan luar. – AFP, 10 Mac, 2019.
Komen