India bakal umum tarikh pilihan raya umum


Penyokong parti Kongres memegang bendera parti semasa pelancaran kempen parti di Punjab menjelang pilihan raya akan datang. – Gambar AFP, 10 Mac, 2019.

INDIA bakal mengumumkan tarikh pilihan raya umum yang akan menyaksikan beratus juta penduduk membuang undi dalam usaha demokrasi terbesar di dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan sidang akhbar pada hari ini di mana tempoh untuk pilihan raya akan diumumkan, kata pegawai kanan kerajaan kepada AFP.

Lebih 800 juta pengundi dari puncak Himalaya ke padang pasir dan pantai tropika layak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan baharu untuk lima tahun akan datang dalam usaha demokrasi terbesar yang akan berlangsung selama beberapa minggu.

Mereka akan memilih 543 ahli parlimen di bawah dewan rakyat yang menguasai ibu kota New Delhi.

Pilihan raya itu akan menyaksikan Perdana Menteri Narendra Modi untuk jangka masa kedua menentang Rahul Gandhi yang merupakan keturuan Dinasti Gandhi-Nehri bagi mencari kepimpinan negara kedua terbesar di dunia.

Kedua-dua mereka merupakan pencabar paling kuat dari beratus-ratus parti politik seluruh negara yang mempunyai budaya dan geografi sebanyak 1.25 bilion.

Modi yang merupakan parti sayap kanan memenangi majoriti besar dalam pilihan raya 2014 memasuki kedudukan terkuat dan Parti Bharatiya Janata (BJP) berharap untuk memecahkan parti kongres kiri sayap Gandhi sekali lagi. – AFP, 10 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen