Suspek perompak Palestin ditembak polis Israel


Penduduk Gaza perlu mendapatkan permit dan bantuan kewangan Pihak Berkuasa Palestin sebelum memohon permit Israel untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar Tebing Gaza. – Gambar EPA, 10 Ogos, 2017.

SEORANG pegawai polis Israel menembak mati seorang pemandu kereta bertopeng Palestin awal hari ini ketika cuba melarikan diri di pos pemeriksaan di Tebing Barat yang dijalankan untuk menangkap perompak itu, kata polis.

Dua orang rakan suspek melarikan diri dari kereta itu, yang mengandungi barang curian alatan yang digunakan bagi menjalankan rompakan, kata kenyataan itu.

Polis menerima maklumat mengenai “kereta yang mencurigakan” dan kemudian mengadakan pusat pemeriksaan di Lembah Jordan.

Semasa memeriksa kenderaan tersebut, sebuah kereta lain bertindak meningkatkan kelajuan ke arah seorang pegawai yang memintanya untuk berhenti.

“Apabila kereta itu tidak mematuhi perintah pegawai polis untuk berhenti, pegawai itu menembak ke arah pemandu kereta tersebut,” kata polis dalam satu kenyataan.

“Akibat dari tembakan itu, kereta itu berhenti dan pemandu kereta warga Palestin, seorang penduduk tetap di sebuah kampung berdekatan, terkena tembakan dan mati.”

Terdapat beberapa serangan Palestin yang mempunyai motif nasionalis, termasuk serangan kereta, terhadap orang awam dan pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat.

Tetapi dalam kenyataan pada hari Ahad, pihak polis bagaimanapun enggan memanggil warga Palestin itu sebagai “pengganas”, bagaimanapun hanya mengenal pasti lelaki hanya sebagai seorang pemandu. – AFP, 10 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen