Bintang 'Airwolf' meninggal dunia


Jan-Michael Vincent meninggal dunia ketika berusia 73 tahun akibat serangan jantung. – Gambar AFP, 10 Mac, 2019.

PELAKON Amerika Jan-Michael Vincent, yang membintangi siri aksi ketenteraan “Airwolf” pada sekitar 1980-an meninggal dunia dalam usia 73 tahun.

Vincent meninggal dunia akibat serangan jantung pada 10 Februari di Asheville, Carolina Utara, menurut sijil kematiannya. Tiada bedah siasat dilakukan.

Tidak jelas mengapa ia mengambil masa hampir sebulan sebelum berita mengenai kematiannya dilaporkan secara meluas di media AS pada Jumaat.

Dikenali dengan penampilannya yang berambut perang dan bermata biru, Vincent memulakan kariernya di Barat dan filem aksi bersama bintang seperti Charles Bronson, Gene Hackman dan John Wayne.

Bagaimanapun, siri “Airwolf,” yang dilancarkan pada 1984 membawa kemasyhuran kepada beliau.

Vincent memegang watak Stringfellow Hawke, juruterbang helikopter luar biasa yang juga sukakan cabaran dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Selepas bertahun-tahun dalam kegemilangan, yang kemuliaannya dicemari oleh masalah alkohol dan dadah, beliau kebanyakannya berlakon dalam filem gred B. – AFP, 10 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen