DENGAN peningkatan perniagaan di Amerika Syarikat (AS) yang tidak menerima wang tunai, Philadelphia menolak sistem itu dan memaksa para pedagang menerima wang tunai.
Ia akan menjadi bandar utama di AS menolak trend yang melihat lebih banyak kedai runcit terutama restoran hanya menerima pembayaran menerusi kad kredit, kad debit dan telefon bimbit.
Pengguna dan ahli perniagaan yang menyokong pembayaran secara digital berkata, sistem itu lebih cepat dan praktikal.
Datuk bandar Philadelphia Jim Keeny baru-baru ini menandatangani undang-undang pindaan kepada Ordinan Amalan Adil yang melarang kedai dan restoran daripada menolak wang tunai dengan menyebutnya sebagai diskriminasi yang menyalahi undang-undang.
Langkah ini akan berkuat kuasa pada 1 Julai.
Walaupun sistem tanpa tunai sudah menjadi trend, AS masih jauh di belakang negara lain dari segi teknologi pembayaran digital.
Di China pembayaran secara digital digunakan secara meluas. – AFP, 9 Mac, 2019.
Komen