SETIAP pagi, wanita Korea Utara bersenjata mengibarkan bendera merah di sekitar Pyongyang.
Bagi menunjukkan tanda cintakan negara, mereka menzahirkan pujian dengan menyanyikan lagu patriotik dan memuji pemimpin mereka Kim Jong-un sambil memegang sepanduk serta bermain gendang merah selama sejam.
Mereka ditempatkan di tapak dan hub pengangkuran utama seperti Hotel Ryugyong dan stesen keretapi utama bandar.
Setiap kumpulan berpakaian seragam yang berbeza tetapi dengan peralatan sama.
Penampilan mereka yang berdisiplin bertujuan untuk memotivasikan pekerja di Korea Utara untuk bekerja dengan dengan lebih gigih.
“Kami melakukan propaganda ini dengan hasrat untuk memberi kebahagiaan kepada pemimpin atasan,” kata Kim Chun Hui.
Kim berkata demikian selepas ditemui di luar Hotel Ryugyong, sebuah piramid yang belum siap sepenuhnya di Pyongyang namun diterangi lampu pada waktu malam dengan kibaran bendera Korea Utara. – AFP, 9 Mac, 2019.
Komen