BEKAS juara dunia dan pemenang lima kali kejohanan Grand Slam Martina Hingis menjadi bintang tenis terkini menjadi ibu selepas selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Hingis, 38, mengumumkan berita gembira itu menerusi Twitter dan berkata beliau dan suami Harald Leemann kini sah menjadi ibu dan bapa.
“Dan kini kami bertiga! Harry dan saya sangat teruja menyambut kelahiran bayi perempuan kali Lia. Kami sangat menyayanginya,” kata Hingis menerusi Twitter.
Bintang tenis dari Switzerland itu bersara daripada arena sukan pada 2017.
Bintang tenis lain yang kini bergelar ibu seperti Serena Williams dan Victoria Azarenka masih aktif dalam sukan.
Seperti Hingis, Williams dan Azarenka juga bekas bintang dunia dan pemenang anugerah utama.
Mereka saling menentang di kejohanan Indian Wells pada Jumaat. – AFP, 9 Mac, 2019.
Komen