AS dakwa bekas naib presiden Venezuela


Bekas naib presiden Venezuela Tareck El Aissami didakwa di New York kerana melanggar sekatan menggunakan jet peribadi menghadiri mesyuarat di seluruh dunia. – Gambar EPA, 9 Mac, 2019.

AMERIKA Syarikat (AS) semalam mendakwa menteri industri dan bekas naib presiden Venezuela Tareck El Aissami atas kesalahan melanggar sekatan, dua tahun selepas melabelnya sabagai “raja”narkotik kerana mendakwanya melindungi penyeludup dadah.

Aissami, sekutu dekat dengan Presiden Nicolas Maduro dan ahli perniagaan Samark Lopez Bello didakwa bersama di New York dan didakwa melanggar sekatan AS dengan menggunakan jet peribadi untuk menghadiri mesyuarat di seluruh dunia.

Pendakwaan itu dibuat susulan AS menggiatkan tekanan terhadap kerajaan bergolak Maduro, di mana AS melabelnya sebagai tidak sah.

“El Aissami dan Lopez Bello dituduh menggunakan jet peribadi untuk mengadakan mesyuarat tertutup seluruh dunia termasuk Turki dan Rusia,” kata ejen khas imigresen dan kastam Angel Melendez.

“Amat perlu mengenakan sekatan terhadap warga asing yang mahu mendapatkan kuasa dan kawalan,” katanya.

Tuduhan itu termasuk aktiviti oleh kedua-duanya bersama empat lagi lelaki yang turut didakwa – tiga di Florida dan seorang di Panama.

Washington mengetuai tekanan antarabangsa untuk menggantikan Maduro dengan pemimpin pembangkang Juan Guaido.

El Aissami dan Lopez Bello didakwa bersubahat dalam penyeludupan dadah pada Februari 2017 di bawah Akta Dadah Luar Negara AS.

El Aissami, 44, berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan bekas naib presiden dari Januari 2017 hingga Jun 2018 sebelum beralih mengetuai Kementerian Industri. – AFP, 9 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen