PRESIDEN Sudan Omar al-Bashir semalam mengarahkan pembebasan semua penunjuk perasaan wanita yang ditahan ketika demonstrasi di seluruh negara yang menggegarkan pemerintahan kuku besinya sejak Disember.
Beliau membuat pengumuman itu ketika mesyuarat dengan kumpulan dari timur Sudan di kediamannya di Khartoum.
“Saya arahkan Salah Ghosh membebaskan semua tahanan wanita,” katanya dalam mesyuarat itu, merujuk kepada ketua Risikan Negara dan Perkhidmatan Keselamatan (NISS) yang mengetuai operasi kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
Pejabat media mengesahkan Bashir mengeluarkan arahan pembebasan itu, sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa.
Pihak tidak memaklumkan berapa ramai wanita ditahan ketika protes itu, tetapi aktivis pembangkang berkata ada kira-kira 150 orang.
Ratusan penunjuk perasaan, pemimpin pembangkang, aktivis dan wartawan ditahan selepas himpunan tercetus pad 19 Disember susulan keputusan kerajaan menaikkan harga roti tiga kali ganda. – AFP, 9 Mac, 2019.
Komen