PULUHAN ribu penunjuk perasaan berarak di seluruh Algeria semalam dalam himpunan paling besar terhadap pelantikan Presiden Abdelaziz Bouteflika untuk penggal kelima, walaupun pemimpin pembangkang memberi amaran tentang risiko kekecohan bakal berlaku.
Perarakan di ibu kota Algiers itu bergerak perlahan-lahan kerana jumlah peserta terlalu ramai, ditambah dengan wanita yang meraikan Hari Wanita Antarabangsa dan melaungkan “Tidak pada penggal kelima – hey Bouteflika!”
Mengibarkan bendera Algeria berwarna putih dan merah, lelaki dan wanita memenuhi dataran Pejabat Pos Besar yang menjadi mercu tanda di ibu kota itu selepas acara sembahyang mingguan.
“Orang ramai berkumpul di semua, dari semua kelas sosial, dari paling muda hingga tu, semua katakan tidak pada penggal kelima, tolonglah pergi,” kata Kamel, 37.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk menyuraikan peserta yang mahu merempuh sekatan polis di jalanan menuju kediaman presiden.
Ketika penunjuk perasaan beredar secara aman ketika hari hampir gelap, sekumpulan kecil pemuda bertembung dengan polis.
Kekecohan itu menyebabkan 112 anggota keselamatan cedera, menurut polis yang berkata mereka menahan 195 orang kerana disyaki melakukan vandalisme. – AFP, 9 Mac, 2019.
Komen