Pesakit di hospital mati ketika Venezuela terputus elektrik


Seorang lelaki yang cedera diangkat oleh anggota paramedik di Hospital Miguel Perez Carreno, di Caracas semalam selepas bekalan elektrik terputus di Venezuela. – Gambar AFP, 9 Mac, 2019.

BEKALAN elektrik terputus di seluruh Venezuela semalam mencetuskan kekecohan, melumpuhkan fungsi harian hospital dan perkhidmatan awam yang lain.

Saksi menggambarkan suasana huru-hara di beberapa hospital ketika aris cuba memindahkan pesakit dari kegelapan ke klinik yang mempunyai kemudahan jana kuasa kecemasan lebih baik.

Marielsi Aray, pesakit di Hospital Universiti kerana jangkitan, meninggal dunia pada awal pagi semalam selepas alat bantuan pernafasannya terhenti, kata bapa saudaranya Jose Lugo.

“Doktor cuba membantunya dengan mengepam secara manusia, mereka buat segala-galanya yang termampu, tetapi tanpa elektrik, apa boleh mereka buat,” katanya.

Bekalan elektrik itu menyusahkan rakyat negara Amerika Selatan itu yang sedia sengsara dengan kejatuhan ekonomi sejak pemimpin pembangkang Juan Guaido mengisytiharkan dirinya sebagai presiden pada Januari dan pelantikan Presiden Nicolas Maduro tidak lagi sah.

Lugo berkata seorang lagi pesakit meninggal dunia di tempat letak kereta kerana ketika bekalan elektrik terputus, orang ramai cuba membawa pesakit ke tempat lain di mana ada generator dan peralatan yang dapat berfungsi. – AFP, 9 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen