SEORANG lelaki Kanada dijatuhi hukuman penjara 40 tahun tanpa parol kerana membunuh enam jemah di masjid Quebec pada Januari 2017, membuat permohonan rayuan, lapor media tempatan.
Alexandre Bissonnette disabitkan bersalah pada 8 Februari dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, dalam serangan paling buruk terhadap umat Islam di tempat ibadat di Barat.
Pada 29 Januari, 2017 Bissonette melepaskan tembakan kepada kira-kira 40 lelaki dan empat kanak-kanak yang sedang duduk berbual selepas solat di dewan di tingkat bawah, menyebabkan enam terbunuh dan lima cedera parah.
Dalam rayuannya di mahkamah Quebec, peguam Bisonnette berhujah bahawa Hakim Francois Hout mengenakan “hukuman tidak sah, tidak munasabah”, menurut radio Kanada.
Keputusan itu, melarang Bissonnette memohon parol sebelum ulang tahunnya ke-67, dianggap terlalu ringan oleh presiden masjid, Boufeldja Benabdallah.
Pendakwa raya mendakwa memohon penjara 150 tahun, satu permintaan yang disifatkan sebagai “tidak munasabah” dan tidak mengikut perlembagaan oleh hakim. – AFP, 9 Mac, 2019.
Komen