Perdana menteri Finland letak jawatan 


Perdana Menteri Finland Juha Sipila meletakkan jawatan berikutan kegagalan kerajaan memerintah memperbaharui sistem penjagaan kesihatan yang menjadi antara dasar utamanya.– Gambar EPA, 8 Mac, 2019

PRESIDEN Finland, Sauli Niinist menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, Juha Sipila, umum stesen televisyen YLE pada Jumaat pagi.

Kerajaan dijadual mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu lewat Jumaat, lapor YLE.

Laporan awal mengatakan keputusan itu diambil berikutan kegagalan kerajaan memerintah memperbaharui sistem penjagaan kesihatan yang menjadi antara dasar utamanya. – Bernama, 8 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen