RIBUAN warga Algeria berhimpun pada hari Jumaat melaungkan slogan melawan cubaan Presiden Abdelaziz Bouteflika untuk meneruskan penggal kelima pentadbirannya, walaupun terdapat amaran daripada pemimpin yang menentang mengenai risiko berlaku kekecohan.
Sambil mengibarkan bendera kebangsaan Algeria, lelaki dan wanita berhimpun di mercu tanda bandaraya itu di dataran Pejabat Pos Besar yang mana terdapat golongan belia mengadakan perarakan secara aman.
Kawalan keselamatan di Algiers diperketat, denan kenderaan anti rusuhan bersiap sedia dengan meriam air, helikopter polis turut menguasai ruang udara di sekitar perhimpunan itu membuat tinjauan, walaupun perhimpunan yang diadakan berjalan secara aman sejak dua minggu lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada peserta perhimpunan, Bouteflika memberi amaran mungkin ada mereka yang akan membuat kacau dan menyusup masuk ke dalam perhimpunan itu.
“Ramai rakyat kita sudah berdemonstrasi di selruh negara Afrika Utara untuk menyatakan pandangan mereka secara aman,” katanya.
“Bagaimanapun, kita mesti berjaga-jaga dan berhati-hati sekiranya perhimpunan damai ini diresapi oleh pihak yang berbahaya ... yang boleh menyebabkan kekacauan,” katanya. – 8 Mac, 2019
Komen