Angka kematian serangan perhimpunan di Kabul meningkat kepada 11 orang 


Anggota pasukan perubatan Afghanistan membawa salah seorang mangsa serangan itu ke hospital. – Gambar EPA, 8 Mac, 2019

JUMLAH kematian dalam serangan pada perhimpunan politik di Kabul yang dihadiri oleh ramai pemimpin kanan Afghanistan meningkat kepada 11 orang dengan 95 orang lagi cedera, kata kementerian dalam negeri pada Jumaat.

Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang berlaku pada Khamis di ibu negara Afghanistan itu.

Pihak berkuasa sebelum ini meletakkan jumlah kematian kepada tiga orang dengan 32 orang cedera pada lewat Khamis.

“Malangnya serangan itu menyebabkan 11 kematian termasuk tiga wanita dan mencederakan 95 yang lain,” kata jurucakap pemangu menteri dalam negeri, Nasrat Rahimi kepada AFP.

Majoriti yang terbunuh adalah orang awam.

Rahimi turut menyalahkan Taliban berhubung serangan itu, walaupun IS mendakwa bertanggungjawab. Taliban bagaimanapun menafikan penglibatan mereka. – AFP, 8 Mac, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen