Thailand akan mula uji minyak ganja kepada pesakit


Ekstrak atau "titisan sublingual" antara lain akan diberi kepada pesakit sukarela yang mengalami loya dan sakit akibat rawatan kemoterapi. – Gambar AFP, 8 Mac, 2019.

THAILAND bersedia memulakan ujian pertama penggunaan minyak ganja ke atas pesakit, kata seorang pegawai kesihatan hari ini.

Ganja digunakan sebagai herba tradisional di Thailand sejak berabad lamanya, tetapi diharamkan beberapa dekad lalu.

Disember lalu, parlimen Thailand mengundi untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Thailand adalah negara pertama di Asia Tenggara akan membenarkan ganji digunakan dalam perubatan. 

Menurut Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan di Organisasi Farmasuetikal Kerajaan Thailand (GPO), Nuntakan Suwanpidokkul, ujian klinikal ke atas pesakit terpilih akan dijalankan sewal Julai.

Ekstrak atau “titisan sublingual” antara lain akan diberi kepada pesakit sukarela yang mengalami loya dan sakit akibat rawatan kemoterapi.

“Kami akan guna tanaman ganja untuk ekstrak minyak bagi hasil akhir,” kata Nuntakan.

“Kami harap untuk mulakan pada Julai atau Ogos.” 

Beberapa negara telah membenarkan ganja digunakan dalam perubatan termasuk Kanada, Australia, Israel dan lebih separuh negeri-negeri di Amerika Syarikat (AS).

Grand View Research yang berpangkalan di AS menjangkakan pasaran global bagi ganja untuk perubatan boleh mencecah AS$55.8 bilion menjelang 2025. – AFP, 8 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen